Wednesday, January 31, 2024

SESI II 2023/2024

 

Sesi pendaftaran pelajar baharu telah berlangsung pada 29.01.2024. Sebagaimana statistik yang dipaparkan, sasaran norma adalah sebanyak 600 orang pelajar akan tetapi yang mendaftar hari ini adalah seramai 157 orang pelajar yang mewakili sebanyak 26%. Didapati hanya program Diploma Rekabentuk Grafik sahaja yang penuh.

Monday, August 21, 2023

SESI I 2023/2024

 

Sesi pendaftaran pelajar baharu telah berlangsung pada 21.08.2023. Sebagaimana statistik yang ditunjukkan, sasaran norma adalah sebanyak 640 akan tetapi pelajar yang mendaftar adalah melebihi dari norma iaitu sebanyak 663 yang merangkumi 104%. Daripada jumlah ini didapati bahawa 7 daripada 11 program yang ditawarkan telah memenuhi norma yang telah ditetapkan.


Berikut adalah laporan pendaftaran pelajar pada minggu pertama yang mana data ini diambil pada 28.08.2023 (Isnin, 11.00 pg). Didapati berlaku sedikit peningkatan dari pertambahan 5 orang pelajar baharu mendaftar yang menjadikan keseluruhan pelajar seramai 668 orang yang mewakili 104%.

Berikut adalah data yang diambil pada minggu kedua daripada tarikh kemasukan pelajar iaitu pada 04.09.2023 (Isnin, 11.00, pagi). Didapati berlaku peningkatan pendataran secara online seramai 2 orang menjadikan pelajar yang mendaftar di PMS setakat ini seramai 670 orang pelajar.
Data ini dimbil pada minggu ke tiga selepas pendaftaran pelajar baharu iaitu pada 11.09.2023 (Isnin, 10.00 pagi). Bardasarkan daripada statistik didapati tiada sebarang perubahan daripada statistik yang dikeluarkan pada minggu lepas.


Tuesday, January 31, 2023

SESI 2 2022/2023

 

Data ini diambil pada 30.01.2023 iaitu pada hari pendaftaran bagi Sesi 2 2022/2023 yang mana seramai 260 orang pelajar telah mendaftar secara online. Jumlah ini merangkumi 38.2%. Diharapkan jumlah ini akan menunjukan peningkatan dengan pengumuman rayuan pada minggu hadapan.


Data ini diamabil setelah seminggu dari tarikh pendaftaran pelajar iaitu pada 07.02.2023. Apa yang dapat dilihat, data ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu dari 260 kepada 266 orang pelajar bagi kemasukan Sesi 2 2022/2023.


Data ini diambil pada minggu ke dua dari tarikh pendaftaran iaitu pada 13.2.2023. Data ini menunjukkan peningkatan sebanyak seorang iaitu dari 266 kepada 267 yang merangkumi sebanyak 39.3%


Data ini diambil pada minggu ke tiga dari tarikh pendaftaran iaitu pada 20.02.2023. Data ini menunjukkan bahawa program DMC telah mencapai norma yang ditetapkan iaitu seramai 40 orang.


Monday, August 15, 2022

SESI 1 2022:2023

 

Data ini diambil pada 15.08.2022 iaitu pada hari pendaftaran pelajar baharu Sesi 1 2022/2023 yang mana seramai 403 orang pelajar telah mendaftar secara online. Jumlah ini merangkumi 55.97%. Ada juga pelajar yang tidak dapat mendaftar pada tarikh yang ditetapkan disebabkan pelbagai urusan. Diharapkan jumlah ini dapat ditingkatkan dengan pengumuman rayuan kepada calon pada 22.08.2022.

Data ini diambil pada 22.08.2022 iaitu seminggu selepas tarikh kemasukan pelajar. Jumlah ini dilihat berkurang daripada 403 kepada 400 disebabkan ada pelajar yang telah bertukar politeknik. Jumlah ini merangkumi 55.5%. Hari ini adalah hari pengumuman rayuan dan diharapkan jumlah kemasukan pelajar ke PMS akan meningkat.


Data ini diambil pada 29.08.2022 iaitu dua minggu selepas tarikh kemasukan pelajar. Jumlah ini telah menunjukkan peningkatan daripada 400 pada minggu pertama kepada 474 pada minggu ke dua selepas tarikh pendaftaran yang merangkumi sebanyak 65.8%.


Data ini diambil pada 05.09.2022 iaitu tiga minggu selepas tarikh kemasukan pelajar. Jumlah ini telah menunjukkan peningkatan daripada 474 kepada 514 dengan pertambahan sebanyak 40 orang pelajar. Jumlah ini merangkumi sebanyak 71.4%.

Monday, February 28, 2022

STATISTIK PELAJAR BAHARU

 SESI II 2021:2022

Data ini diambil pada 28.2.2022 iaitu pada tarikh pendaftaran Sesi 2 2021:2022 yang mana seramai 292 orang pelajar telah mendaftar secara online yang merangkumi seramai 56.15%. Ada pelajar yang tidak dapat hadir pada hari pendaftaran disebabkan keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu. Ada juga pelajar yang masih kuaratin disebabkan jangkitan COVID-19.

Data ini diambil pada 7.3.2022 iaitu setelah seminggu daripada tarikh pendaftaran Sesi 2 2021:2022 yang mana seramai 298 orang pelajar telah mendaftar secara online yang merangkumi seramai 57.3%.
Data ini diambil pada 14.3.2022 iaitu setelah dua minggu daripada tarikh pendaftaran Sesi 2 2021:2022 yang mana sehingga ini seramai 298 orang pelajar yang mendaftar secara online merangkumi 57.3%
Data ini diambil pada 21.3.2022 iaitu setelah tiga minggu daripada tarikh pendaftaran Sesi 2 2021:2022 yang mana telah menunjukkan peningkatan iaitu seramai 304 orang yang telah mendaftar secara online. Jumlah ini merangkumi 58.46%. 3 program yang telah memenuhi norma iaitu DDT, DRG dan DMC.



Sunday, September 26, 2021

STATISTIK ENROLMEN PELAJAR

 

Berikut adalah statistik enrolmen keseluruhan pelajar PMS. Data ini diambil dari tahun 2018 sehingga ke hari ini. Jumlah keseluruhan pelajar dilihat menurun disebabkan pengambilan pelajar dikurangkan oleh pihak JPPKK mulai Sesi Jun 2020 yang disebabkan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara kita yang mana kapasiti tempat bagi kemasukan pelajar ke politeknik adalah dihadkan.

Insyaa Allah, apabila keadaan semakin pulih, pihak PMS akan menyediakan lebih banyak tempat dan memberi peluang kepada lepasan SPM untuk menyambung pelajaran disini.

SESI II 2023/2024

  S esi pendaftaran pelajar baharu telah berlangsung pada 29.01.2024. Sebagaimana statistik yang dipaparkan, sasaran norma adalah sebanyak 6...