Sesi pendaftaran pelajar baharu telah berlangsung pada 21.08.2023. Sebagaimana statistik yang ditunjukkan, sasaran norma adalah sebanyak 640 akan tetapi pelajar yang mendaftar adalah melebihi dari norma iaitu sebanyak 663 yang merangkumi 104%. Daripada jumlah ini didapati bahawa 7 daripada 11 program yang ditawarkan telah memenuhi norma yang telah ditetapkan.
Berikut adalah laporan pendaftaran pelajar pada minggu pertama yang mana data ini diambil pada 28.08.2023 (Isnin, 11.00 pg). Didapati berlaku sedikit peningkatan dari pertambahan 5 orang pelajar baharu mendaftar yang menjadikan keseluruhan pelajar seramai 668 orang yang mewakili 104%.
Berikut adalah data yang diambil pada minggu kedua daripada tarikh kemasukan pelajar iaitu pada 04.09.2023 (Isnin, 11.00, pagi). Didapati berlaku peningkatan pendataran secara online seramai 2 orang menjadikan pelajar yang mendaftar di PMS setakat ini seramai 670 orang pelajar.
Data ini dimbil pada minggu ke tiga selepas pendaftaran pelajar baharu iaitu pada 11.09.2023 (Isnin, 10.00 pagi). Bardasarkan daripada statistik didapati tiada sebarang perubahan daripada statistik yang dikeluarkan pada minggu lepas.
No comments:
Post a Comment